Thursday, April 16, 2009

SALAM PERKENALAN

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan atau singkatannya ANAK adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan hak semua warga Felda. Keahliannya terbuka hanya kepada anak, cucu, dan cicit peneroka sahaja.

ANAK menuntut hak keistimewaan warga Felda dikembalikan kepada yang berhak.
ANAK menentang keras segala bentuk penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Felda dan anaksyarikatnya
Peneroka dan Generasi kedua merupakan pemangkin kepada kejayaan Felda hari ini, jadi ANAK mendesak agar keuntungan Felda mesti dinikmati bersama dengan peneroka